My Golden Life

 I just finished watching My Golden Life.

Pheww. Berminggu nak habis 52 episodes!

Overall okay lah. Out of 10, boleh bagi 8 stars.

Menjelang nak ke final episode, Choi Dokyung (DK) finally terlepas dari terus jadi puppet atuk dia, somehow macam quite funny sesenang itu dia boleh jadi group chairman to replace atuk yang kena pecat by BOD.

After jadi group chairman, dia buat major changes in the company, contohnya key management personnel dia tak ambik anak beranak dia dah, dia pi ambik professional management. Some more, tak boleh pakai kabel masuk company walaupun anak beranak founder sekalipun. 

Peliknya lepas dah settle down tetibaaa je si DK ni handover chairman position tu kat pakcik dia yang sebelum tu buat konspirasi pecat atuk, mak dan bapak dia dari BOD, hanya sebab pakcik dia tu talented, workaholic dan pentingkan company. Lalu si DK pun kembali usahakan bisnes pallet kayu dia. Dah kaya tu terus jelah jadi kaya.

Heroin, Seo Jian pulak heartbroken bila bapak dia akhirnya meninggal disebabkan stage 4 stomach cancer tu. So Jian ikut wasiat mendiang pak dia supaya dia pegi Finland sambung study. Bapak dia meninggalkan pampasan insurans 180 juta won, dibahagikan kepada semua anak dan bini. 

Abang Jian, Jitae & isteri dia pindah ke luar Seoul sebab tak tahan dengan living cost Seoul yang tinggi. Ko tengok, diorang pun tak tahan, ko lagi berangan nak pegi duduk Seoul sana. Ko ingat murah cam Kolumpo ke. Sini at least dapat jugak sewa bilik harga RM200, sana berangan la ko. Eh tersimpang pulak.

Mak Jian Jitae Jiho ikut sekali untuk jaga anak diorang. Adik lelaki Jian, Jiho pulak kedai bakery sendiri dengan girlfriend dia. Dia tak couple pun dengan Cinderella tu. Cinderella pegi ke oversea untuk sambung belajar seperti yang dirancang keluarga dia dan jumpa dengan bakal tunang dia iaitu pewaris New World Group, tapi Cinderella balik semula ke SK sebab tak suka. Mana taknya, New World datang dating bawak driver dengan secretary. Si Jisu-tapi-sebenarnya-Eunsok nak bukak bakery sendiri, dan masih couple dengan Seonu Hyeok.

Yang lain dah happy ending, Jian ni camne pulak? So bila Jian balik sekejap ke SK untuk ziarah kubur pak dia, dia terjumpa dengan DK secara konon-konon kebetulan. DK pun bagi la hint untuk diorang start over again. Yada yada bila Jian balik ke Finland, DK muncul kat pub tempat dia kerja part time. So endingnya, diorang bersama balik lah.

Family drama, haruslah semuanya happy ending kan.

Btw ada 1 supporting character yang bagi aku something to learn.

Manager Min, butler keluarga si DK, keluarga Choi. At first memang macam sesuatu sangat Manager Min ni. Dia ni memang lah dikira pekerja keluarga Choi yang paling loyal, cumanya dia ni hanya buat kerja yang diarahkan. Apa yang tak diarahkan, dia tak buat. Sebab dia terasa, kewujudan dia hanya dinilaikan dengan duit. Dia fedup sebab keluarga Choi ni bermuka-muka, dah janji sesuatu, tapi tak tunaikan. 

Manager Min mulanya dijanjikan untuk jadi family butler 2 tahun je untuk tolong mak si DK ni yang masa tu baru kahwin. Dah nampak orang tu cekap buat kerja, mak DK ni request sambung lagi 3 tahun sambil Manager Min ditaburkan janji position di dalam company. Saaampai la dah 35 tahun dia jadi family butler, uruskan rumah keluarga Choi. Nak kahwin camna kalau pegi dating pun tak ada masa.

Turning point Manager Min bila ayah dia meninggal, mak si DK tu tak cakap takziah ke apa pun, hanya diberinya duit 20 juta won. Tak ada empati and moral support langsung.

Manager Min jadi fedup sangat. Jadi balik dari funeral, dia pun datang rumah keluarga Choi bagi surat berhenti. Masa ni dia bagitau dia nampak kejadian adik DK kena culik sebab masa tu atuk DK suruh dia spy mak si DK tu. Tapi atuk DK suruh spy je, tak suruh pun tolong selamatkan adik DK. 

Jadi nampak tak. Kalau kita ni manusia tapi tak ada perasaan ehsan dan empati terhadap manusia lain, orang lain pun boleh buat benda sama terhadap kita. Serves her right la, sape suruh treat orang macam robot. Memang la ko bayar service orang tu, tapi orang tu manusia kot. Duit bukan segalanya. Cewahhh.

Comments

Popular posts from this blog

Cik Sotong serta anak-anak fish

Flower of Evil