Flower of Evil

I'm a fan of LJK, tapi not a fan of MCW. Dulu ada tengok MCW ni berlakon dengan Joo Won dalam Good Doctor, and that's it: tahap kepandaian berlakon si MCW ni a bit better je dari si SSK.

Drama ni berkisarkan tentang Do Hyeon Soo (LJK) yang ada antisocial personality disorder, sejenis tak ada perasaan sedih, gembira, benci etc. Dia dan kakak dia Do Hae Soo dibesarkan oleh ayah diorang, Do Min Seok (DMS). 

Suatu hari ayah diorang dijumpai bunuh diri dan bila polis siasat barulah polis tau rupanya ayah diorang ni sebenarnya merupakan pembunuh bersiri yang dah bunuh 7 mangsa. 6 mangsa dijumpai mati dengan urat putus di bahagian archilles (antara tumit dengan betis) serta kuku ibu jari kiri (kot?) telah dicabut, seorang lagi mangsa tak dapat dikesan. Bagaimanapun seorang saksi telah melihat mangsa ke-7 bersama penculik, namun ketika itu DMS keluar berhibur dengan Hyeon Soo, jadi Hyeon Soo membuktikan penculik tu bukan DMS. Maka terdapat teori yang DMS ni ada rakan subahat.

Disebabkan Hyeon Soo kemana-mana pun dengan ayah dia, ketua kampung fitnah dia menjadi rakan subahat jenayah DMS. So bila DMS mati, Hyeon Soo diumpat, dicaci, dimaki oleh orang kampung. Ketua kampung beberapa kali mengupah bomoh untuk 'mengubat' Hyeon Soo. Rupanya itu helah ketua kampung nak bolot harta peninggalan DMS. Dasar suka makan harta anak yatim betul!

Disebabkan tak tahan tengok Hyeon Soo kena dengan orang kampung, Hae Soo pergi jumpa ketua kampung dan telah tertikam orang tua tu dengan gunting. Bila Hyeon Soo datang ke tempat kejadian, dia suruh Hae Soo lari dan buat seolah-olah dia yang bunuh ketua kampung. Bermulalah kehidupan dia sebagai pelarian.

Kemudian Hyeon Soo dapat kerja buat delivery kat kedai makanan cina. Disebabkan dia tak ada ID card, tokey bayar gaji dia secara cash. Selama 3 tahun kerja situ, member keje situ bernama Nam Sun Gil (Nam) duk perati dia ni duk kumpul duit sampai dah jadi 10 juta won, so si Nam ni jadi dengki. Dia pun cuba bunuh Hyeon Soo di satu kawasan hutan, tapi Hyeon Soo dapat larikan diri. End up bila sampai kat jalan, dalam keadan hujan, ada pulak kereta pegi langgar Hyeon Soo sampai koma kawan tu.

Bila sedar dari koma, ibu bapa driver kereta tu tau cerita Hyeon Soo dan rela hati pinjamkan identiti anak diorang si driver kereta tu - sebabnya anak diorang dah terlantar koma dan tiada harapan nak sedar. Jadi bermula itu, Hyeon Soo pun jadilah Baek Hee Sung.

Selepas tu Hyeon Soo meneruskan hidup dan berkenalan dengan watak heroin kita Cha Jiwon (si MCW). Hyeon Soo tertarik dengan Jiwon sebabnya Hyeon Soo ni boleh nampak 'roh DMS', tapi bila ada Jiwon, roh DMS mesti tak nak datang dekat. Jadi walaupun tak ada perasaan dekat Jiwon, dia terima Jiwon sebab tak nak tengok roh DMS.

Selepas 14 tahun, Hyeon Soo hidup pura-pura bahagia dengan Jiwon yang sekarang dah jadi detektif polis bersama dengan anak perempuan diorang bernama Baek Eunha. Hyeon Soo beli rumah 2 tingkat yang tingkat atasnya adalah rumah manakala tingkat bawah dijadikan bengkel/kedai menjual metal craft bernama Where The Rising Star Stays. 

Kehidupan aman bahagia diorang mula berkocak bila munculnya Kim Moojin (KMJ) iaitu kawan sekampung merangkap ex-boyfriend Hae Soo yang sekarang dah jadi news reporter, tetiba berkawan pulak dengan Jiwon. Jiwon promote kedai suami dia jadi suatu hari tu KMJ pegi kedai tu and terus cam Hyeon Soo. Hyeon Soo yang dah cuak pegi culik KMJ dan sembunyi kan di basemen kedai dia. Selepas disoal siasat oleh Hyeon Soo, rupanya KMJ tengah kumpul cerita yang berkait tentang pembunuhan bersiri DMS dan rakan subahatnya serta tentang kemana Hyeon Soo melarikan diri. Then KMJ sebut yang pada hari tu dia dah berjanji akan berjumpa Nam Sun Gil, member Hyeon Soo yang sama-sama keje kedai makan tu.

Jadi Hyeon Soo pegi ke tempat pertemuan dan bercakap dalam telefon dengan Nam, tapi sebagai KMJ, untuk siasat tujuan Nam. Nam masa tu tengah stress sebab setiap hari mesti dapat call pada jam 3 pagi. Dia syak itu Hyeon Soo. Malam selepas Hyeon Soo bercakap dengan Nam, Nam dibunuh dengan menggunakan MO yang sama macam DMS. Masa ni Hyeon Soo memang terus jadi suspek utama.

Hyeon Soo cuak la, kena tuduh macam tu. Jiwon start curiga dengan tindak tanduk Hyeon Soo, lagi-lagi bila dia terserempak dengan KMJ keluar dari bengkel Hyeon Soo. Hyeon Soo start siasat sapa yang nak naya dia, Jiwon pulak siasat ape lah masalah si Hyeon Soo ni.

End up rupanya pembunuh Nam adalah suami Jung Misuk, mangsa ke-7 yang masih tak dapat dikesan. Perbuatan laki si Jung Misuk ni menyebabkan 1 dunia tau siapa sebenarnya Hyeon Soo. Jadi demi nak mendapatkan kehidupan bahagia dia balik, Hyeon Soo bertekad nak cari sapa rakan subahat bapak dia, tanpa diketahui rupanya identiti yang dia pinjam tu lah sebenarnya rakan subahat DMS. 

Dalam pada itu, rupanya si Baek Hee Sung (BHS) yang sebenar dah pun bangun dari koma. BHS ni sebenarnya anak tunggal pengarah hospital dan mak dia ada farmasi sendiri. Masa kecik dia digelar 'genius' as mak dia memang monitor dia study etc. Ayah dia pulak workaholic, focus dengan keje. 

Nak kata BHS ni kurang kasih sayang, macam tak je, mak dia sentiasa dengan dia. Tapi BHS ni dah besar pun lenggok cakap cara anak manja. Mrs Baek macam perasan anak dia ni sejenis kejam tak ada perasaan, tapi sebab anak kan, dia lelap mata jela. Satu hari BHS ni baling batu pada anjing yang lalu di bawah bangunan sampai anjing tu mati, tapi langsung tak ada rasa bersalah. Lepas tu BHS dibawa ke pusat kaunseling (atau klinik mental kot), masa tu la dia jumpa DMS buat pertama kali. DMS pun rekrut BHS jadi rakan subahat dia. 

Lepas BHS culik Jung Misuk (mangsa ke-7) tapi lepas tu kantoi, DMS suruh BHS pegi serah diri. BHS bengang sampai dia pulak pegi bunuh DMS. Masa tu Jung Misuk ambik kesempatan larikan diri dan lepas tu hilang ingatan.

Selepas 3 tahun berlalu, masa BHS terlanggar Hyeon Soo yang lari dari Nam, BHS bawak balik Hyeon Soo yang dah tak sedarkan diri. BHS ni memang tak kenal yang itu Hyeon Soo sebenarnya. Dia nak tanam Hyeon Soo kat laman rumah dia, punya cuak sampai tak perasan Mrs Baek ada kat rumah. Mrs Baek yang selama ni memang ada depression disebabkan anak dia, tanpa diduga pegi tikam anak dia. Tu yang lepas tu anak dia terlantar koma bertahun-tahun tu.

Keluarga Baek ni upah maid yang bisu dan pekak serta tak boleh baca bibir orang untuk jaga BHS. BHS perasan maid ni boleh baca bibir sebenarnya, kemudian dia trick maid tu sampai maid tu ikut cakap dia. Bila maid ni ugut Mrs Baek, mintak duit kalau tak nak kantoikan, BHS pi bunuh maid tu dan buat seolah-olah Hyeon Soo yang bunuh.

 Jiwon kalut nak setelkan kes laki dia, mak dia pulak terus jatuh sakit bila tau siapa Hyeon Soo. Jadi Jiwon terpaksa mintak tolong Hae Soo jaga kan Eunha. Bila Hae Soo dengan Eunha balik ke rumah Hyeon Soo untuk packing baju Eunha, tetiba pulak BHS boleh muncul kat situ. Since BHS tak kenal rupa Jiwon, dia ingat Hae Soo tu Jiwon. Hae Soo dapat rasa hal ni, dia suruh Eunha kunci bilik and biarkan dia je kena tikam. 

Pihak polis ambik kesempatan sebarkan berita palsu kononnya Jiwon yang mati kena tikam. Bila Hyeon Soo serang BHS, BHS bagitau Jiwon dah mati, so Hyeon Soo pun heart broken. Bila Hyeon Soo hampir nak tikam BHS, Jiwon muncul dan pujuk Hyeon Soo yang mulanya tak percaya Jiwon hidup lagi. Sebab dia kata dia boleh nampak orang mati (which is DMS). Jiwon berjaya jugak pujuk Hyeon Soo, tapi bila polis nak berkas si BHS, dia sempat pi capai pistol dan tembak ke arah Hyeon Soo & Jiwon. Polis tembak balik BHS, so BHS mati la akhirnya.

Akhir cerita, Hae Soo serah diri kepada polis dan mengaku dia yang bunuh ketua kampung. Selepas dibicara, hakim sahkan dia tak bersalah sebab kira macam excessive self-defense. Hae Soo kata dia tau dari awal Hyeon Soo bukan macam bapak diorang, sebab Hyeon Soo tu sejenis takde perasaan. Takde perasaan benci sekali pun pada sesiapa apatah lagi ada perasaan nak bunuh orang.

Comments

Popular posts from this blog

Cik Sotong serta anak-anak fish

My Golden Life