Cik Sotong serta anak-anak fish
Once in a blue moon, akan tetiba datang mood aku nak layan Chinese drama. Antara faveret aku all the time, Love O2O (tengok berpuluh kali dah) dan Ten Miles of Peach Blossom a.k.a Eternal Love.
So this time, masa scroll dekat Netflix, ternampak la Go Go Squid! Baca plot summary macam not so heavy plot story. So on jela. Selalu tengok cerita genre crime/thriller pun penat jugak.
Heroin cerita ni namanya Tong Nian, seorang student university di Shanghai yang baru berusia 19 tahun tapi tengah buat Master. Kira budak genius la. Nian ni anak tunggal. Bapanya seorang doktor, mak dia pulak pengetua tadika.
Hero pulak namanya Han Shangyan. Berusia 29 ~ 30 tahun, owner kelab e-sport bernama K&K. Han ni semasa awal 20-an merupakan champion e-sport dan mendapat gelaran God Gun dikalangan peminatnnya.
Pasukan dia kira paling top dalam China, bernama Team Solo yang dianggotai Solo sebagai captain, Appledog, si Gun (Han), ALL dan Xiao Mi. Masa diorang sertai championship peringkat China, terjadi persengketaan dalam Team Solo sehingga Han mengambil keputusan bersara.
Lepas bersara tu dia balik ke Norway (memang keluarga dia dah menetap di Norway) sambung belajar dan bukak kelab e-sport bernama K&K bertapak di Norway. Bila kelab dia dah mantap sikit dan ada funding, baru lah dia balik ke China, bawak sekali sepupu dia, Wu Bai. Wu Bai ni ranking 1st dunia.
Singkat cerita, drama ni tentang macam mana ahli-ahli Team Solo berbaik semula. Ada antara mereka yang hanya terlibat di peringkat pengurusan & coaching (macam si Han dan Appledog). Walaupun mereka berada dalam pasukan yang berbeza dam saling bersaing di peringkat China, tapi bila di peringkat international, sama-sama berusaha menaikkan nama China. Ada unsur-unsur patriotisme di situ.
Drama ni sesuai sangat la kalau nak feeling cute-cute tengok Wu Bai dengan team dia. Level sesuai buat anak ikan. Hahaha. Nian pun cute jugak. Han jenis cool gitu.
Endingnya, semua persengketaan terlerai. Han & Nian pun forever happy ending. Gittew.
Overall, 8.5 out of 10. Extra marks sebab ramai anak ikan. Nak ulang balik, hmm mungkin tak.
Kbai. xoxo.
Comments
Post a Comment